Pengurusan Islam merupakan satu proses penting bagi mengendalikan manusia, organisasi dan matlamat pengurusan Islam yang hendak dicapai berlandaskan al-Quran dan hadis. Pengurusan Islam juga merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan.Islam agama yang syumul (menyeluruh) dan serba lengkap yang mencakupi segenap aspek kehidupan, sudah tentu mempunyai falsafah, prinsip, asas dan objektif yang tersendiri dalam menentukan apa juga perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia, termasuklah dalam soal pengurusan. Islam mempunyai cara tersendiri yang dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan apa jua badan. Pertubuhan atau agensi yang melibatkan soal pengurusannya. Islam menyediakan garis panduan tertentu dalam melaksanakan sistem pengurusan.
KONSEP PENGURUSAN ISLAM
AHMAD IBRAHIM ABU SIN (2001)
- Satu proses mengurus menggunakan kemahiran, kebolehan dan kepakaran dengan menggunakan segala sumber alam sama ada berbentuk kebendaan atau kemanusiaan yang dikurniakan oleh Allah SWT, berpandukan prinsip-prinsip Islam, dirancang dan dilaksanakan oleh pengurus dalam sebuah organisasi.
AFFENDI HASSAN (1990)- Rasid (2011)
- satu penggembelengan tenaga dan sumber, melalui perancangan, arahan dan kawalan dalam sebuah organisasi mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam Islam.
PENGERTIAN PENGURUSAN DALAM ISLAM
MAHANI (2010)
- Dalam Bahasa Inggeris didefinisikan sebagai management yang bermaksud arahan, kawalan dan cara mengendalikan sesuatu
- Merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti di sekelilingnya.
IBRAHIM DAN ZAITON (2008)
- Pengurusan sesebuah syarikat atau organisasi adalah melibatkan pengurusan pelbagai sumber seperti sumber manusia, wang, mesin bahan, kaedah atau teknologi dan pasaran.
Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Urusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi 3 elemen utama iaitu:
1.Pengurus
2.Organisasi
3.Tatacara atau garis panduan pengurusan
1.Pengurus
- Menurut Sabri et al. (2004), pengurus ialah seorang yang berkebolehan,berwibawa dan mempunyai persediaan awal dalam bidang pengurusan sama ada melalui proses pendidikan ataupun pengalaman.
- Seorang pengurus mestilah mempunyai kemahiran tertentu seperti kemahiran teknik, kemanusian, masa, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya.
- Seorang pengurus selalulnya dilantik melalui kelayakan akademik, kenaikan pangkat atau dipinjamkan organisasi lain.
2.Organisasi
- Dalam konteks organisasi, manusia memainkan peranan penting. sekiranya ahlinya bersikap negatif, maka struktur yang kemas serta jentera-jentera termoden tidak dapat mencapai objektif organisasi.
- Tetapi, jika wujud kesungguhan dan keinginan dalam kalangan pekerja, objektif organisasi dapat dicapai walaupun struktur organisasi tidak disusun dengan sempurna dan jentera-jentera yang digunakan mungkin sudah lapuk.
- Pihak pengurusan memainkan peranan penting bagi mendorong pekerja supaya berusaha untuk mencapai matlamat organisasi.
3.Tatacara atau garis panduan pengurusan
- Pengurusan yang baik dapat menjamin sesebuah organisasi itu beroperasi dengan lancar dan sistematik
- Pengurusan diperlukan supaya kerja yang sepatutnya dapat dilaksanakan dengan cekap dan pantas
- Pengurusan dapat membantu sesebuah organisasi mencapai objektif yang dikehendaki
- Pengurusan adalah perlu bagi membolehkan organisasi menangani perubahan
- Pengurusan sebaga tuntutan fardhu kifayah ke arah mencapai al-falah
Prinsip Pengurusan Islam
(a) Al-Ubudiyyah
Al-Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang melibatkan maklumat dan prinsip utama manusia sebagai haba Allah SWT. Seluruh kegiatan seseorang individu dan seluruh kegiatan dalam organisasi perlulah berpegang pada konsep pengabdian diri kepada Allah SWT. Konsep ini membawa maksud seseorang muslim hendaklah patuh kepada suruhan Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya. Beriman dengan keesaan Allah SWT merupakan landadan pengabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, 1991)Allah berfirman dalam surah Al-Nahl yang bermaksud:" Janganlah kamu sembah dua Tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada-Ku. Allah memiliki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepadaNya (hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah SWT "(Surah Al-Nahl 16:51-52)Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah SWT untuk memakmurkan muka bumi. Ahmad Ibrahim Abu Sin berpendapat bahawa Islam telah meletakkan garis panduan bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk memahami konsep Ubudiyyah yang berikut.- Allah SWT tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat seperti masjid atau surau semata-mata untuk beribadat sedangkan manusia boleh beribadat dimana sahaja sama ada di kebun atau di tempat-tempat perniagaan.
- Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan Allah SWT serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadanya.
- Dalam konteks organisasi konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukkan individu malah dapat membentuk hala tuju serta budaya organisasi tersebut. Antara perkara yang penting yang berkaitan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah seperti berikut (Rasid et al.,2008):
- Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah SWT.
- Cara, kaedah, atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah SWT.
- Budaya yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didorong dengan semangat pengabdian diri kepada Allah SWT.
Konsep ubudiyyah jika difahami dan dihayati dengan baik, maka elemen ini mampu memberi kesan positif pada pembentukkan watak dan budaya organisasi yang diwujudkan. Antara perkara penting dalam hubungan termasuklah yang berikut:
- Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dalam agama.
- Organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai suatu ibadat, iaitu dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.
- Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi suatu yang positif sejajar dengan prinsip agama.
- Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan organisasi.
(b) Al-Syura
Al-Syura merupakan prinsip pengurusanislam yang kedua. Antara kepentingan al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:
- Amalan syura menjadikan keputusanyang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal. Keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai yang lebih baik daripada pandangan orang ramai.
- Syura dapat memantapkan keputusan yang dibuat hasil pembincangan yang lebih matang dan mendalam.
- Syura juga dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai
- Melalui syura,kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskn secara bersama (mengikut persepakatan ramai)
- Syura meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama. Dengan ini, mereka akan merasakan keputusan yang dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu.
Fungsi Syura Dalam Konteks Organisasi
- Menggubal peraturan-peraturan organisasi.
- Menjalankan aktiviti organisasi berfaedah mengikut syariah.
- Meluluskan program-progam kewangan.
- Mengulangkaji dasar-dasar organisasi.
- Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu.
- Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar.
(c) Al-Hurriyah
: Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan islam.
: Islam menentang sebarang bentuk penghambaan tanpa pengalasan kecuali penghambaan terhadap Allah.
ISLAM MENJAMIN KEBEBASAN MANUSIA :
1. Kebebasan beragama, atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti .
2. Kebebasan berfikir .
3. Kebebasan bersuara.
4. Kebebasan memiliki dan mencari harta.
5. Kebebasan untuk menuntut ilmu.
6. Kebebasan bergerak.
KEBEBASAN DALAM ISLAM DIJAMIN UNTUK SETIAP INDIVIDU:
1. Ia tidak menganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam islam, apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, kepentingan umum itu hendaklah didahulukan .
2. Tidak menganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.
3. Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal .

(d ) Al - Musawah
Perkara-perkara yang membezakan setiap seorang manusia dengan manusia yang lain ialah amalan, tanggungjawab, dan ketakwaan. Firman Allah yang bermaksud :
- Semua warga organisasi harus diterima, terutama dalam sudut peraturan dan undang-undang.
- Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan karana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta citarasa tersendiri.
- Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama.
- Pembahagiaan tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusiaan dan persamaan.
(e) Al - Adalah
" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku - puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu d isisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya ( akan keadaan dan amalan kamu) ".
Pelaksaan persamaan dalam organisasi melibatkan beberapa perkara yang berikut :